5 Alasan Mengapa Anda Perlu Memilih IVF Sebagai Rawatan Kesuburan di Malaysia

Bagi yang masih lagi tertanya tanya apa itu IVF? IVF (In Vitro Fertilisation) merupakan satu kaedah yang dilakukan dimakmal dimana telur akan disenyawakan di luar rahim. ‘In Vitro’ bermaksud bekas kaca yang digunakan bagi proses persenyawaan sperma lelaki dan  juga telur yang diambil daripada ovari.

Secara ringkasnya, proses IVF memerlukan telur daripada wanita dan sperma daripada lelaki bagi menghasilkan embrio. Proses ini juga dikenali sebagai ‘Tabung Uji’.

22 Pregnant Cartoon ideas | pregnant cartoon, mother art, mom art

Rawatan kesuburan IVF semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan merupakan perkara yang biasa dilakukan bagi pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih tidak mengandung setelah mencuba pelbagai cara. Berikut merupakan beberapa alasan mengapa anda perlu memilih IVF sebagai jalan penyelesaian kepada masalah berkaitan kesuburan:

Rawatan IVF Membantu Masalah Sperma Lelaki

Terdapat beberapa faktor yang menyebakan masalah kelainan sperma yang seterusnya menyukarkan para lelaki bagi menghamilkan isteri. Antaranya, tiada sperma ataupun air mani yang  keluar semasa klimaks , pergerakan sperma yang tidak normal, kuantiti sperma kurang dan sebagainya.

Bagi membolehkan kehamilan bagi wanita, lelaki yang mempunyai masalah sperma boleh mendapatkan nasihat daripada klinik rawatan kesuburan bagi mendapatkan konsultasi berkaitan IVF.

Rawatan IVF Untuk Yang Telah Beberapa Kali Menjalani Rawatan Permanian Berhadas

Permanian berhadas merupakan proses dimana suami perlu mengeluarkan air mani dan hanya air mani yang berkualiti tinggi sahaja akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Air mani akan dimasukkan ke dalam rahim menggunakan tiub yang halus bagi membolehkah persenyawaan berlaku dengan lebih efektif.

Free Vector | In vitro fertilization cartoon concept

Rawatan kesuburan permanian berhadas adalah jauh lebih murah berbanding harga IVF di Malaysia. Namun, jika sudah beberapa kali menjalani proses rawatan kesuburan permanian berhadas tetapi anda masih tidak berjaya, rawatan ivf merupakan jalan yang boleh dicuba bagi mendapatkan cahaya mata.

Rawatan IVF Untuk Yang Telah Lama Ikhtiar Hamil Namun Tidak Berjaya

Tahap kesuburan bagi setiap individu adalah tidak sama dan bergantung kepada beberapa faktor lain seperti umur, tahap kesuburan dan sebagainya. Ada pasangan yang cepat dikurniakan rezeki anak dan ada juga yang lewat sedikit.

Apabila tempoh ikhtiar anda sudah melebihi 1 tahun bagi wanita yang berusia 35 tahun kebawah, anda perlu berjumpa doktor bagi medapatakan rawatan kesuburan.

Rawatan IVF Untuk Wanita Yang Disahkan Tiub Falopio Rosak Atau Tersumbat

Tiub falopia merupakan organ yang menjadi jambatan menghubungkan ovari dan rahim. Wanita dikurniakan dua tiub falopia dan boleh terjadi keduanya atau salah satu darinya tersumbat atau rosak.

Peluang anda untuk hamil akan menjadi lebih tipis sekiranya tiub ini tersumbat dan membengkak. Lebih parah lagi, jangkitan bakteria mampu mebuatkan tiub falopia rosak.

Pakar perubatan mungkin akan menyarankan IVF bagi mereka yang mempunyai isu-isu seperti ini. Dapatkan maklumat pengalaman IVF daripada blog yang berkongsi kisah perjalanan mereka bagi membolehkan anda bertambah jelas dan bersedia sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain itu, jika anda telah di diagnos mengalami PCOS(Polycystic Ovarian Syndrome) atau endometriosis segera dapatkan konsultasi bagi memudahkan proses rawatan.

Rawatan IVF Untuk Pernah Menggunakan Ubat-Ubatan Kesuburan Tetapi Masih Gagal

Pengambilan ubat-ubatan kesuburan seperti clomid adalah perkara biasa dilakukan bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Tidak semua individu sesuai menggunakan ubat ubatan ini. Justeru, anda perlu diperiksa dengan teliti oleh pakar perubatan bertauliah sebelum mengambil ubatan ini.

Premium Vector | In vitro fertilization concept with parents people vector  illustration. cartoon pregnant woman wife standing together with man  husband, happy pregnancy and reproductive medicine isolated on white

Jika pegawai perubatan telah memberikan lampu hijau untuk mengambil ubatan ini sambil dipantau ketat tetapi masih gagal. Kemungkinan besar, doktor akan menyarankan anda melakukan IVF dan menceritakan proses IVF berjaya bagi menaikkan semangat dan harapan agar anda tidak putus asa.

Secara ringkasanya, terdapat banyak tips IVF boleh diperolehi melalui pelbagai carian yang membolehkan anda mendapatkan maklumat sebelum membuat keputusan muktamad. Tidak dapat dinafikan proses IVF telah membantu banyak pasangan untuk hamil dan menamatkan proses penantian mereka bagi mendapatkan anak.

Semoga semua pasangan yang diuji dengan kesukaran untuk mengandung dikurniakan dengan berita gembira kehamilan secepat mungkin. Klik sini untuk pertanyaan selanjutnya!