Lima Cara Memilih Produk Untuk Kulit Sensitif di Malaysia

Bahan kimia, cuaca panas, atau keadaan sekeliling akan menyebabkan kulit mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif akan cepat bereaksi terhadap produk tertentu. Oleh sebab tu kaedah atau cara yang diaplikasikan untuk merawat kulit sensitif tidak boleh sewenang-wenangnya.

Jika anda memilih produk untuk kulit sensitif yang tidak sesuai untuk jenis kulit anda, ia mampu memberikan impak negatif. Oleh itu, teruskan membaca artikel dibawah untuk mengetahui lima cara memilih produk untuk kulit sensitif di Malaysia.

6 Bad Habits for Sensitive Skin | 100% PURE

Cara Mengurangkan Kegatalan Kulit

Elakkan daripada menggunakan air sejuk atau panas untuk membersihkan wajah apabila kulit anda sedang mengalami iritasi. Hal ini kerana suhu air yang ekstrem akan mempercepatkan proses iritasi kulit. Sebaliknya gunakan air yang bersuhu normal.

Selain itu, perbanyakkan pengambilan air putih untuk memastikan kulit anda tidak kering dan mengekalkan kesihatan kulit muka anda. Anda juga boleh mencari produk pelembap untuk kulit kering atau produk penjagaan kulit dari Suu Balm dengan kandungan air yang cukup.

Kegunaan Krim Kulit Gatal Untuk Kulit Wajah

Memerhati sebarang perubahan pada kulit wajah anda seperti jika terdapat kegatalan pada kulit, kemerahan dan bintik-bintik yang timbul seperti jerawat. Sekiranya berlaku simptom-simptom tersebut pada kulit wajah anda tindakan yang cepat dan efektif harus diambil.

 Dapatkan nasihat serta rawatan dengan segera daripada pakar kulit untuk menganalisis tahap sensitif kulit wajah anda. Pakar turut boleh mencadangkan krim kulit gatal yang sememangnya bersesuaian dengan kulit wajah dan badan anda.

Berhati-hati Dalam Pemilihan Produk Eksfoliasi Untuk Kulit Sensitif

Kesan kepada pori-pori yang terbuka akibat daripada kesilapan memilih produk kosmetik dan penjagaan muka boleh mengakibatkan komedo dan jerawat. Komedo dan jerawat telah menjadi masalah yang tidak dapat dihindari bagi wanita.

Oleh itu, anda disarankan untuk memilih produk yang tidak mengandungi bahan eksfoliasi. khusus untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, pilih alternatif eksfoliator yang bertindak lembut pada kulit yang berfungsi untuk mengangkat sel-sel kulit mati.

Anda yang menghadapi penyakit ekzema perlu lebih berhati – hati dalam pemilihan produk kebersihan dan kecantikan untuk mengelakkan daripada mengambil produk yang mungkin mengandungi bahan yang boleh merangsang ekzema. Sabun khas yang tidak mengandungi bahan pencuci kuat dan tidak menghasilkan banyak buih serta tidak mengeringkan kulit merupakan sabun yang sesuai untuk pesakit ekzema.

Meminimalkan Penggunaan Alat Solek Secara Berlebihan

Adakah anda pernah melihat kulit muka seseorang yang berwarna kemerahan? Tahukah anda hal ini boleh terjadi disebablan penggunaan banyak produk kecantikan pada muka dalam masa yang sama. Sedangkan bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang sensitif kebanyakannya tidak boleh menyerap kandungan produk yang melebihi lebih daripada tiga produk yang berlainan.

Hal ini akan lebih teruk sekiranya pemakaian produk yang banyak ini berterusan dan tidak berasal daripada satu rangkaian produk yang sama boleh menyebabkan epidermis menjadi susah bernafas, risiko iritasi seperti ruam akan senang terjadi.

Layers of Skin: How Many, Diagram, Model, Anatomy, In Order

Berbeza untuk penyakit kulit psoriasis kerana buat masa ini tiada lagi rawatan yang boleh memulihkannya. Rawatan yang dijalankan adalah untuk mengawal tanda-tanda psoriasis sahaja. Ubat-ubatan yang dibekalkan dalam rawatan psoriasis diberikan bergantung kepada masalah kesihatan dan jenis psoriasis yang dihidapi oleh pesakit.

Pemilihan Pembersih Wajah atau ‘Cleanser’ Yang Betul Untuk Kulit Sensitif

Anda seboleh-bolehnya harus memilih pembersih wajah yang tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan seperti alkohol. Hal ini kerana kulit sensitif sangat senang memberi tindak balas terhadap sesuatu kandungan dengan cepat.

Sekiranya produk kecantikan yang anda gunakan masih mengandungi alkohol sebagai salah satu bahan, usahakan untuk mencari alternatif lain yang membolehkan anda yang berkulit sensitif mencuba. Sebagai contoh dengan mengunakan bahan yang mengandungi lavender yang dapat menyejukkan dan mengecilkan pori-pori.